News

Sumbangan Johor Port kepada Pra sekolah ke arah pendidikan IT yang berkualiti
09 October 2012

csr-091012-(1).jpg

09 Oct 2012 (Berita Harian) - Sebanyak 51 kelas prasekolah menerima peralatan teknologi maklumat (IT) bernilai RM30,000 sumbangan MMC Corporation Berhad (MMC) dan anak syarikatnya, Johor Port Berhad.

Pengarah Kewangan MMC, Anwar Syahrin Ajib, berkata sumbangan itu bagi memastikan kanakkanak mendapat pendidikan berkualiti selari dengan Program Prasekolah Kerajaan yang menyokong inisiatif Kementerian Pelajaran di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat pihaknya untuk meningkatkan taraf pendidikan kanakkanak terutama di kawasan sekitar operasi syarikat berkenaan.

"MMC dan anak syarikat kami akan sentiasa membantu dan menyokong usaha yang dijalankan bagi meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.

Kejayaan sektor ekonomi

"Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami menyedari peranan bidang pendidikan untuk memastikan kejayaan berterusan dalam sektor ekonomi negara dan bagaimana ia dapat menjadi platform bagi meningkatkan kualiti hidup kepada yang lebih baik.

"Kebanyakan usaha tanggungjawab sosial yang kami jalankan bertujuan membantu mereka yang kurang bernasib baik dan mendedahkan golongan sasar mengenai kepentingan pendidikan yang lebih baik," katanya.

Anwar Shahrin berkata, penerima bantuan terdiri daripada kanakkanak berusia lima hingga enam tahun daripada keluarga pendapatan kurang RMl,000 sebulan.

Permulaan timba ilmu

Katanya, pihaknya berharap sumbangan itu menjadi permulaan yang baik kepada kanakkanak dalam menimba ilmu dan membantu meringankan beban keluarga mereka.

"MMC dan anak syarikat kami berbesar hati menyokong program pendidikan awal ini dengan memberi sumbangan perkakasan IT untuk kegunaan murid prasekolah sekitar Pasir Gudang.

"Integrasi teknologi dalam pembelajaran di bilik darjah kini menjadi peralatan penting dan kita tidak sepatutnya menyekatnya kerana milah yang akan membantu mereka memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk masa depan," katanya.