News

MMC, Johor Port sumbang komputer
09 October 2012

JOHOR BAHRU 9 Okt. (Utusan Malaysia) - MMC Corporation Bhd. (MMC) dan anak syarikatnya, Johor Port Bhd. menyumbangkan peralatan komputer bernilai kira-kira RM30,000 kepada 51 buah prasekolah di sekitar Pasir Gudang di sini baru-baru ini.

Pengarah Kewangan MMC, Anwar Syahrin Ajib berkata, sumbangan itu merupakan antara usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan kanak-kanak dalam bidang teknologi maklumat di peringkat awal.

"Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial MMC dan anak syarikat kami dalam usaha bersama-sama membantu meningkatkan lagi pendidikan kanak-kanak di negara ini.

"Kami juga mahu memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik turut mendapat pendidikan dalam bidang teknologi maklumat yang dilihat menjadi salah satu keperluan pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anwar Syahrin berkata, selain sumbangan berupa peralatan komputer, syarikat berkenaan turut menaja akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

Beliau berkata, program lain yang turut dijalankan termasuk menganjurkan kelas tuisyen percuma matapelajaran Bahasa Inggeris, menyediakan bantuan persekolahan kepada pelajar Orang Asli dan menaik taraf kemudahan di sekolah terpilih.

"Kami yakin bahawa pendidikan amat penting bagi melahirkan sebuah masyarakat yangberilmu. Justeru, kami akan terns menjalankan program berteraskan pendidikanpada masa akan datang," katanya.