News

PRPC UF Meterai Perjanjian Pengendalian Jeti Pengerang
17 June 2017 - Malay Mail

AKI.jpg

PRPC Utilities and Facilities Sdn Bhd (PRPC UF), anak syarikat PETRONAS, memeterai perjanjian dengan SPT Services Sdn Bhd bagi hak Pengendalian Jeti Produk Pepejal (SPJ) Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor.

Menerusi perjanjian itu, SPT Services Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Port Sdn Bhd (JPB), akan menyediakan peralatan dan system bagi SPJ serta menguruskan operasi dan penyelenggaraan jeti.

Majlis memeterai perjanjian itu diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin. PRPC UF diwakili Naib Presiden Kanan PETRONAS dan Pengerusinya, Ir Dr Colin Wong Hee Huing manakala SPT Services diwakili Pengarahnya, Shahrull Allam Shah Abdul Halim.

Dalam ucapannya, Hee Huing memuji usaha jitu semua pihak dalam memastikan bahawa perjanjian itu dimuktamadkan mengikut jadual.

Beliau meminta semua pihak terbabit dalam projek  itu untuk sentiasa berhati-hati kea rah menegekkan standard Kesihatan, Keselamatan, Social dan Alam Sekitar (HSSE) dalam mana-mana keadaan.

“Saya yakin SPT Services, dengan bimbingan daripada JPB akan menguruskan operasi SPJ kami dengan cekap, berdaya saing dan yang paling penting, selamat dengan piawaian HSSE tinggi yang berterusan dalam operasai   harian jeti.”

Memenuhi jangkaan PETRONAS

“kami jangka etika yang baik, saling hormat menghormati dan kepercayaan antara satu sama lain akan diterjemahkan dalam penyampaian komitmen serta memenuhi jangkaan PETRONAS dan pihak berkepentingan lain dalam perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

SPJ direka sebagai kemudahan khusus untuk menguruskan jumpah yang dihasilkan oleh PIC dan juga bagi memastikaneksport kontena polimer serta sulfur yang tepat pada masanya ke pasaran.

Selain SPJ, PIC juga termasuk Pembangunana Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Logi Penjanaan Bersama Pengerang semula gas asli cecair  (LNG), projek bekalan air mentah (PAMER), Terminal Air dalam Pengerang dan Utiliti dan kemudahan perkongsian dan Berpusat.