News

JPB Menang Anugerah Operator Terminal
18 April 2017 - Utusan Sarawak

Kuala Lumpur – Johor Port Bhd (JPB) , Ahli Kumpulan MMC, memenangi anugerah Operator Terminal Pelbagai Guna Terbaik pada majlis Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost & Sullivan.

Pengerusinya Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata anugerah itu membuktikan komitmen jitu JPB kearah meningkatkan standard dalam menyediakan perkhidmatan menambah nilai kepada pelanggan.

"JPB merupakan kemudahan pelabuhan pelbagai guna bersepadu di selatan Malaysia, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan individu," katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah itu dimenangi JPB sebagai perakuan ke atas prestasi dan idea inovasi yang berjaya dalam industri pelabuhan selain kejayaan peranannya dalam menguna pakai amalan terbaik dalam organisasi.

Syarikat itu juga baru-baru ini meraih Anugerah Kecemerlangan Industri bagi sector perkhidmatan pada majlis anugerah kecemerlangan industri yang mengguna pakai Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia.