News

JPB Yakin Kemenangan Beri Impak Positif
18 March 2017 - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur 17 Mac – Johor Port Berhad (JPB) yakin penganugerahan kategori 4, Anuerah Sektor Perkhidmatan dapat memberi impak positif dalam meningkatkan lagi keyakinan penguna terhadap perkhidmatan pelaburan dan logistik yan disediakan oleh syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrull Allam Shah Abdul Halim berkata, kajayaan dalam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2016 itu, sekali gus dapat menarik lebih ramai penguna dan syarikat perkapalan unutk mengunakan Pelabuhan Johor dan pada masa terus menjadikan Pelabuhan Johor sebagai pelabuhan pilihan di rantau ASEAN.

“Pihak kami merasa amat terkejut bila dimaklumkan memenangi anuerah ini. Pihak kami tidak menjangkakan sama sekali memandangkan saingan dalam kategori ini agak meluas dan melibatkan pelbagai industri perkhidmatan.”

“Kami amat bersyukur atas penganugerahan ini yang merupakan satu pengiktirafan di peringkat nasional terhadap perkhidmatan industry pelabuhan,” katanya.

JPB memenangi Anugerah Sektor Perkhidmatan, Kategori 4 dengan perolehan jualan lebih RM100 juta.

JPB merupakan pelabuhan pelbagai guna yan menyediakan perkhidmatan pelabuhan komprehensif kepada penguna pelabuhan di selatan Semenanjung khususnya di Johor dan serantau termasuk negara jiran berhampiran.

Pelabuhan Johor memulakan operasi pada 1973 dan diswastakan sepenuhnya pada 1995 kepada JPB yang kini merupakan anak syarikat milik penuh MMC Corporation Berhad.

Semenjak penswastaan, Pelabuhan Johor telah melalui proses transformasi dari aspek pembangunan pelabuhan dan juga penambahbaikan perkhidmatan operasi pelabuhan.

Tambah Shahrull Allam, Pelabuhan Johor kini merupakan terminal minyak sawit terbesar di dunia dan pusat pemunggahan utama negaram bagi komoditi berasaskan pertanian seperti koko, kopi, beras, dan bijirin serta komoditi seperti baja dan simen.

Katannya , Pelabuhan Johor merupakan salah satu lokasi utama bagi London Metal Exchange (LME) sejak 2004 dan kini menduduki tangga ke enam dari 35 lokasi di dunia dari segi pengendalian produk LME.

“Sebagai sebuah pelabuhan yang matang, Pelabuhan Johor sentiasa peka dengan perkembangan terkini dan permintaan pelanggan yang mahukan peningkatan terhadap tahap perkhidmatan yang lebih cekap di samping kos perkhidmatan yang kompetitif.”

“Seiring dengan itu, pihak kami sentiasa mengemaskini setiap proses operasi menikut kesesuaian penguna ke arah menjamin tahap perkhidmatan ang sentiasa cemerlang dan menepati kehedak industry.”

“Kami juga telah membangunkan JPB sebagai organisasi yang sentiasa dinamik dan mempunyai keupayaan tinggi untuk mengadaptasi setiap perubahan dalam memenuhi cita rasa dan jangkaan penguna pelabuhan, seterusnya sentiasa mendapat sokongan padu dari syarikat induk, MMC Corporation Berhad untuk Pelabuhan Johor membuktikan kemampuan bagi menjadi model dan amalan terbaik dalam industry pelabuhan negara,” ujarnya.

“Dalam pada itu, pihak kami sentiasa mencari peluang-peluang baru yang boleh meningkatkan pendapatan syarikat serta menjamin Pelabuhan Johor terus relevan kepada industry,” katanya.