Ringkasan Kerja
Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota bomba dan penyelamat dalam memberi perkhidmatan melawan kebakaran, menyelamat, melawan tumpahan minyak, salvage, pertolongan cemas, penghantaran mangsa ke hospital/klinik dan menjalankan tugas-tugas operasi harian di pelabuhan seperti bekalan air tawar ke kapal, kerja berjaga pengendalian kargo/bahaya, pemasangan ‘Marine Loading Arm, Hos Kargo Flexible dan lain-lain.
Skop Kerja
- Menjalankan kerja-kerja penyelamatan, tindak balas tumpahan minyak dan tugas memadam kebakaran.
- Memantau dan memastikan kerja yang melibatkan kerja panas/ bahaya/ bunkering/ memunggah & memuat kargo bahaya yang dilakukan mengikut peraturan dan mendapat kebenaran bertulis dan memastikan peralatan yang digunakan dan tekanan yang diberikan mengikut ketetapan.
- Melaksanakan kerja rondaan dan pemantauan di dalama Kawasan Johor Port Berhad.
- Memastikan semua peralatan dan kelengkapan kebombaan yang dipasangkan pada satu-satu tempat berada dalam keadaan yang baik dan membuat laporan sekiranya berlaku kerosakan.
- Memberi teguran kepada warga pelabuhan terhadap salahlaku yang melanggar peraturan keselamatan.
- Membuat pemeriksaan peralatan untuk Jentera Bomba Dan Ambulan.
- Sebagai petugas di Bilik Kawalan secara giliran dalam memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur.
- Menjalankan tugas pemasangan Loading Arm, Flexible Hose, Pembekalan Air Tawar dan Kerja-kerja Pembersihan.
- Membekalkan bekalan air dan keperluan untuk kargo berbahaya.
Syarat Kelayakan
- Lulus minimum lima (5) matapelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
- Minimum ketinggian 1.63m (lelaki); dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
- Minimum berat 50kg (lelaki); dan 48kg (wanita).
- Memiliki indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Ukuran lilitan dada minima, 81 cm (normal) dan 86 cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
- Lulus ujian penglihatan, pengecaman warna dan pendengaran.
- Memiliki sekurang-kurangnya lesen B2 dan D, kelebihan bagi yang memiliki lesen E dan GDL